[adz-dzariyaat : 55]

" Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman."
My Photo
محمد حافيظ الدين
"Berpenat lelahlah kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kesusahan. Jangan berdukacita kerana hidup ini meletihkan, sebab demikianlah hidup itu diciptakan..."[imam as-syafiee] "Suatu kalimat yang dinasihatkan seseorang kepada saudaranya supaya dengan kalimat itu bertambah petunjuk dan keinginannya berbuat baik, itu lebih baik daripada bersedekah harta meskipun ia memerlukan barang itu..."[Umar Abd Aziz]
View my complete profile

En Route To Mecca


Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi sehingga saat ini kita masih diberi ruang untuk terus beribadah kepadaNya..
Selawat dan salam juga buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. yang tidak pernah berputus asa dalam menyampaikan risalah yang kini dipertanggungjawabkan kepada kita sekalian umat Islam..
Selawat dan salam juga buat Nabi Ibrahim A.S. yang mana sirah baginda bersama anaknya Ismail A.S. menuntut kita umat akhir zaman ini perlu berkorban untuk melaksanakannya.

Ibadah Haji adalah perhimpunan agung tahunan yang mengumpulkan umat manusia dari seluruh pelosok dunia Islam. Berlainan dengan perjalanan biasa, ibadah haji merupakan satu perjalan suci yang membawa jemaah ke Mekkah menjadi tetamu istimewa Allah Taala demi melaksanakan rukun dan kewajipan yang telah ditentukan waktunya. Ia memerlukan kekuatan mental serta pengorbanan masa dan wang. Ia bukan sahaja menjadi tetamu istimewa Allah Taala, bahkan ia merupakan laluan yang penuh keikhlasan, keazaman dan iltizam serta keindahan yang tiada tandingnya.

"Ya ALLAH tuhan sekalian penduduk alam semesta, kami memohon padaMu sampaikanlah kami kepada tanah suciMu untuk taqarrub kepadaMu....Ameen Ya Rabbalalamin"



Adapun bagi kita yang belum mampu untuk sampai ke tanah suci haram,hendaklah kita memperbanyakkan amal di bulan yang mulia ini dan berdoa agar suatu masa nanti kita dapat pula menjadi tetamu Allah Taala.

Umat Islam digalakkan untuk berpuasa sunat hari Arafah bersempena perhimpunan seluruh manusia yang ingin menunaikan ibadah haji.

Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).

Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda; “(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).

Adakah sunat berpuasa pada hari ‘Arafah itu ada pengecualian?

Ya. Dikecualikan dari jamaah haji. Mereka tidak disunatkan berpuasa pada hari tersebut sebagai mencontohi Nabi s.a.w. dan juga untuk menjaga kekuatan bagi memperbanyakkan berdoa pada hari itu.

Maimunah isteri Rasulullah s.a.w. menceritakan; orang ramai ragu-ragu apakah Rasulullah s.a.w. berpuasa atau tidak pada hari ‘Arafah. Lalu ia (yakni Maimunah) menghantar kepada baginda satu bekas berisi susu tatkala baginda sedang berwukuf di Padang ‘Arafah itu. Lalu baginda meminum susu tersebut dengan dilihat oleh orang ramai kepadanya (Riwayat Imam Muslim).

Malah terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah” (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim).

Bersempena dengan ibadah Haji ini,umat Islam seluruh dunia meraikan Hari Raya Aidiladha dan juga ibadah korban sebagai ibadah tambahan sebagai simbol pengorbanan Nabi Allah Ibrahim A.S. yang diperintahkan Allah untuk menyembelih anaknya Ismail A.S.

Bagi mereka yang melakukan ibadah korban,pastikan daging korban diutamakan dahulu kepada mereka yang memerlukan seperti fakir dan miskin. Semoga dengan korban yang kita lakukan akan menambahkan keberkatan kepada rezeki kita dan mengurangkan beban mereka yang kurang berkemampuan. [Di sini ] ada dijelaskan sedikit mengenai ibadah korban konsep dan pengertian serta hukum yang berkaitan.

Akhir kalam,saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat yang membaca blog ini dan juga selamat menunaikan ibadah korban.

p/s : jangan lupa bertakbir mengagungkan Allah pada 10,11,12 dan 13 zulhijjah....



|| renungan ||

1. Seseorang yang masuk kerja pukul 8:35 am sedangkan waktu mula kerja adalah 8:30 am sudah dikira lewat datang kerja TETAPI jika seseorang itu sembahyang Zohor pukul 2:00 pm atau 2:30 pm masih dikira awal waktu mengikut tafsiran umum sedangkan masuknya waktu Zohor di Semenanjung Malaysia adalah sekitar pukul 1 - 1:30 pm. Bukankah ini salah faham namanya?

2. Kita mengeji dan mengutuk Amerika terutamanya di saat perang ini TETAPI ramai daripada kita tak boleh tinggal rokok yang dibuat oleh orang Amerika di negara kita ini dan tidak kurang juga di kalangan kita yang menjadi peminat dan pembeli setia filem-filem Amerika yang kaya dengan propaganda itu terutamanya filem-filem aksi dan perang. Di satu sudut kita penentang dan di satu sudut yang lain kita penyokong dan pendokong mereka. Adakah ini maknanya benci tapi sayang ?

3. Kalau ada pelancaran skim-skim amanah saham maka berduyun-duyunlah orang pergi melabur untuk masa depan katanya TETAPI bila ada pelancaran Tabung Derma (saham Akhiratlah tu) untuk bantu siapa-siapa yang memerlukan nak mengumpul satu juta RM pun cukup payah dari rakyat Malaysia yang lebih 22 juta ini malah ada yang ambil masa berbulan-bulan walaupun mendapat publisiti meluas melalui media massa. Mana yang lebih kita cinta?

4. Kita sangat sensitif dan terharu bila mendengar atau melihat ada ibubapa yang mendera fizikal anak-anak kecil dan membuang bayi merata-rata seperti sampah TETAPI kita jarang rasa sedih dan terharu bila ramai ibubapa yang mendera anak-anak secara maknawinya dengan tidak mendidik menjadi anak-anak yang soleh seperti mengenalkannya Allah, sembahyang, hormat orang tua, tutup aurat dan sebagainya agar tidak didera oleh malaikat di dalam kubur dan Neraka. Bukankah penderaan bentuk ini lebih meluas di serata dunia ? Bukankah ini
satu perbuatan buang anak juga iaitu buang anak dalam api neraka? Mana lebih hina buang anak dalam tong sampah atau buang anak dalam api Neraka? Anak yang di buang dalam tong sampah belum tentu masuk Neraka kalau dia hidup tapi anak yang tidak dididik dengan sempurna akan rosak hidupnya yang kesudahannya akan ke Neraka juga.

5. Kita selalunya akan cepat-cepat ucapkan terima kasih pada sesiapa yang membantu kita dan akan kenangkan budinya sampai bila-bila TETAPI dengan Tuhan yang memberikan kita segala nikmat yang tak terhitung banyaknya, setiap detik dan setiap masa, kita jarang rasa terhutang budi dan berterima kasih setiap masa dengan cara yang dituntut-Nya.

6. Kita pasti berasa malu dan terhina bila ada orang yang mendedahkan keaiban kita TETAPI tidak pun rasa malu dengan Tuhan yang sudah sedia tahu kesalahan kita lahir dan batin, kecil dan besar.

7. Ramai lelaki memberikan alasan nak ikut sunnah Nabi SAW bila nak berpoligami TETAPI cara kehidupan dan amalannya sangat jauh dari sunnah. Ini pergunakan agama untuk kepentingan diri namanya. (Kalau perangai macam tu macam mana isteri nak bagi kahwin lain)

8. Ramai perempuan tidak rela dimadukan oleh sang suami TETAPI ramai juga yang merelakan suaminya main perempuan di luar rumah asalkan sang suami tak kahwin lain. Alangkah buruknya sikap sebegini membiarkan sang suami bergelumang dengan dosa asalkan diri tidak berkongsi suami.

9. Kahwin 4 lebih baik dari kahwin 3, kahwin 3 lebih baik dari kahwin 2, kahwin 2 lebih baik dari kahwin 1 sekiranya mampu berlaku adil dalam semua segi TETAPI kahwin 1 lebih baik dari 2, kahwin 2 lebih baik dari 3, kahwin 3 lebih baik dari 4 jika tak mampu untuk berlaku adil pada kedua-duanya atau ketiga-tiganya atau keempat-empatnya. Hisab dan nilai diri dahulu sebelum pilih yang mana satu.

10. Pemimpin-pemimpin selalunya meniup seruling kedamaian, bersatu dan berkasih sayang sesama manusia TETAPI pemimpin yang sama juga di pentas yang lain memalu gendang permusuhan, menyalakan obor peperangan memotong tali persaudaraan.

11. Kita selalu rasa dia salah, dia jahat, dia tak betul, dia menyeleweng dan sebagainya TETAPI kita jarang sekali rasa aku jahat, aku berdosa, aku tidak betul, aku bersalah, kerana aku dia jadi begitu sedangkan sikap-sikap ini sangat dianjurkan.

**Mati Hanya Sekali, Jadikannya Di Jalan Allah**

..:: sollu 'alannabiyyina ::..

اللهم صل صلاة كاملة وسلم سلاما تاما على سيدنا محمد الذي تنحل به العقد وتنفرج به الكرب وتقضى به الحوائج وتنال به الرغائب وحسن الخواتيم ويستسقى الغمام بوجهه الكريم وعلى ءاله وصحبه في كل لمحة ونفس بعدد كل معلوم لك.

Terjemahan:

“ Ya Allah limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berikanlah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yg masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta ditunaikan semua hajat dan diperolehi semua pemberian serta husnul khatimah dan diturunkan hujan lantaran keagungan baginda. Dan limpahkanlah rahmat dan salam kepada keluarga baginda dan sahabat baginda di dalam setiap kerdipan mata dan nafas dengan bilangan semua yg Engkau ketahui, wahai Dzat yg menguasai seluruh alam...”

[4 petua Imam Syafie]



Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama